Monday 26 September 2011

Samsung dan Apple Bergaduh?

 


Pertempuran antara gergasi telekomunikasi dari negara K-Pop, Samsung Electronics Co dengan pesaingnya dari negara Uncle Sam, Apple Inc dijangka memburukkan pertumbuhan di salah sebuah syarikat berkembang pesat di negara Korea Selatan itu serta memburukkan jalinan perniagaan syarikat Samsung dengan pelanggan terbear firma teknologi itu.


Samsung dan Apple saling saman-menyaman di 9 buah negara yang melibatkan 20 kes. Apple mula menyaman Samsung pada April 2011 di California dan berkata produk Galaxy Tab telah melanggar paten teknologi mudah alih dan reka bentuknya namun Samsung kembali menyaman gergasi Amerika itu berkenaan perkara yang sama.


Kedua-dua syarikat tersebut telah terlibat dalam pertembungan besar itu keatas paten telefon pintar dan tablet semenjak April tahun ini dan Apple telah berjaya menyekat Samsung daripada melancarkan produk terbaru mereka di Jerman dan beberapa model telefon pintar di Belanda.


Apple Inc juga berjaya menyekat pesaing mereka itu untuk menangguhkan pelancaran tablet terbaru mereka, Galaxy Tab di Australia yang mana dijangka mahkamah mengeluarkan keputusan pada minggu ini.


Sebarang kerugian lagi boleh menyebabkan cita-cita besar Samsung untuk merapatkan jurang dengan Apple akan hancur. Pada masa sekarang, Galaxy Tab yang berasaskan Google's Android dilihat satu-satunya pesaing hebat kepada iPad  


Pada masa yang sama, Samsung tidak mahu dilihat sebagai firma yang bersedia untuk menjana pendapatan terbesar tahun ini dan pembuat cip yang semakin lemah keuntungannya. Ia adalah risiko paling mahal untuk Samsung. Syarikat konglomerat itu telah membekalkan kepada Apple Inc $5.7bilion komponen tahun lalu, kira-kira 4 peratus dari jualan keseluruhan Samsung.


Untuk rekod, Samsung masih jauh ketinggalan berbanding dengan Apple dari segi jualan kerana Apple meraih sehingga 14 juta jualan keseluruhan iPad pada separuh pertama tahun ini berbanding Samsung Galaxy Tab yang dijangka oleh penganalisa akan mencatat jualan kira-kira 7.5 juta untuk  tahun 2011. 


Menurut Choi Do-Youn, penganalisis dari LIG Investment & Securities, pertempuran undang-undang ini adalah bertujuan untuk meningkatkan persepsi dan keyakinan para pengguna produk Samsung bahawa mereka adalah satu-satunya pesaing sebenar kepada Apple.


Sumber:http://www.reuters.com/

No comments:

Post a Comment