Thursday 6 October 2011

Kemunculan iPhone 4S, iPhone 5 Belum Sedia

Apple telah melancarkan generasi iPhone terbaru iaitu iPhone 4S secara rasminya di ibu pejabat mereka di Cupertino, California. Seperti yang dijangka, iPhone 4S ini mempunyai rupabentuk sama seperti generasi terdahulu namun sudah tentu ia mempunyai beberapa penambahbaikan.


Antaranya cip pemprosesan terbau, A5 dan RAM 1GB. Menurut VP Apple Inc, Phil Schiller mendedahkan bahawa generasi terbaru ini adalah iPhone terbaru yang mempunyai cip pemproses dan cip grafik dwi-teras dan ianya dikatakan "7 kali lebih pantas" daripada versi terdahulu. Namun yang paling menarik perhatian ialah fungsi pengecaman arahan suara.


Versi terbaru ini juga mempunyai sistem antena terbaru yang membolehkan ia menukarkan antara dua antena untuk kualiti bunyi dan muat turun yang lebih baik dan pantas. Selain itu, ia mempunyai kamera 8megapixel yang sudah tentu akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik dengan rekabentuk semula Image Signal Processor yang mempunyai auto face detection dan juga lensa f2.4 yang mempunyai shot yang lebih luas.












































Sumber: www.kosmo.com.my


































Ia akan mula dijual di US,Australia,Kanada,Perancis,Jerman,Jepun dan Britain bermula 14 Oktober depan. Di US, ia akan dijual pada RM 635 untuk model 16 GB dan RM 1273 untuk model 64 GB. Para penganalisi mengatakan punca Apple Inc mengurangkan harganya ialah untuk menarik lebih ramai pelanggan baru.


Sumber: mashable.com

No comments:

Post a Comment