Friday 30 September 2011

Google+ vs Facebook (Infographic)

Ini adalah artikel sambungan kepada artikel dahulu, Google+ akan tewaskan Facebook. Tapi kali ini dalam versi yang lebih ringkas dan mudah difahami. Persoalannya sekarang, mampukah Google+ menawan hati penggila-penggila tegar Facebook ini?Enjoyyyy...


Facebook VS. Google Plus

[Via: Single Grain]

Thursday 29 September 2011

iPhone 5: Kisah Hidupnya

Khabar angin tentang kemunculan iPhone 5 telah lama beredar dalam Malaysia dan seluruh dunia namun berita terbaru yang kaki-IT terima, pelancarannya dijangka bulan hadapan tapi di US lar. Kat Malaysia tak pasti lagi. Ape-ape pun enjoy dulu fakta-fakta tentang handphone terlaris masa kini...

 

Wednesday 28 September 2011

Fakta Hot Tentang Android Kegilaan Ramai

 Kaki-IT percaya ramai pembaca blog nih pengguna Android. Cakap banyak pun tak guna, anda layan fakta best nih.



























































































Sumber: mobile17.com

Tuesday 27 September 2011

Google+ Akan Tewaskan Facebook?





















Saya percaya kita semua sedar dengan kewujudan pesaing baru Facebook iaitu Google+ kerana semasa ianya dilancarkan baru-baru ini, ada satu anak panah besar bewarna biru keluar jika anda membuka laman web enjin carian terbesar dunia itu.


Harus diakui bahawa kedudukan Facebook sebagai medan rangkaian sosial paling laris di dunia akan mula tercabar dengan wujudnya Google+. Google + ini berfungsi sama seperti Facebook namun ada kelainannya tersendiri yang akan membuatkan Mark Zuckerberg panas punggung.


Sambutan yang diberikan oleh penggunan cukup hangat semasa ia belum dilancarkan, ia menjangkau 321 ribu pelawat semasa jemputan untuk menyertainya dibuat oleh pihak Google pada Jun lalu. Namun persoalannya sekarang, adakah pelancaran mereka itu dibuat pada masa yang tepat? Ini kerana pelancaran yang mereka buat itu adalah berisiko kerana pelancaran Google+ dibuat pada minggu yang sama dimana pemilik Facebook, Mark Zuckerberg menjadi tuan rumah kepada persidangan f8 di San Francisco.


Pada persidangan tersebut, Mark Zuckerberg telah memperkenalkan ciri-ciri baru kepada rangkaian sosial terkemuka itu iaitu "Timeline". Melalui Timeline, para pengguna kini boleh melihat aktiviti-aktiviti yang telah mereka lakukan sebelum ini beserta gambar, posting dan lain-lain lagi.  


Tanpa mengira pengumuman itu bertembung dengan persidangan oleh Facebook, ia bukan satu masalah besar kepada Google. Tanpa ragu-ragu lagi pihak Google sangat yakin bahawa mereka akan mendapat trafik yang besar dari pengguna untuk menyertai Google+ walaupun masih pada peringkat awal pelancarannya.


Apa yang patut ditekankan oleh Google ialah mereka patut fokus pada usaha menambah ahli-ahli dan bagaimana mereka menjangkakan untuk mengekalkan tahap kepuasan pengguna dengan ciri-ciri yang mereka tawarkan kepada pengguna. Maklumat lanjut klik www.plus.google.com.


Sumber: http://www.akascope.com/

Monday 26 September 2011

Samsung dan Apple Bergaduh?

 


Pertempuran antara gergasi telekomunikasi dari negara K-Pop, Samsung Electronics Co dengan pesaingnya dari negara Uncle Sam, Apple Inc dijangka memburukkan pertumbuhan di salah sebuah syarikat berkembang pesat di negara Korea Selatan itu serta memburukkan jalinan perniagaan syarikat Samsung dengan pelanggan terbear firma teknologi itu.


Samsung dan Apple saling saman-menyaman di 9 buah negara yang melibatkan 20 kes. Apple mula menyaman Samsung pada April 2011 di California dan berkata produk Galaxy Tab telah melanggar paten teknologi mudah alih dan reka bentuknya namun Samsung kembali menyaman gergasi Amerika itu berkenaan perkara yang sama.


Kedua-dua syarikat tersebut telah terlibat dalam pertembungan besar itu keatas paten telefon pintar dan tablet semenjak April tahun ini dan Apple telah berjaya menyekat Samsung daripada melancarkan produk terbaru mereka di Jerman dan beberapa model telefon pintar di Belanda.


Apple Inc juga berjaya menyekat pesaing mereka itu untuk menangguhkan pelancaran tablet terbaru mereka, Galaxy Tab di Australia yang mana dijangka mahkamah mengeluarkan keputusan pada minggu ini.


Sebarang kerugian lagi boleh menyebabkan cita-cita besar Samsung untuk merapatkan jurang dengan Apple akan hancur. Pada masa sekarang, Galaxy Tab yang berasaskan Google's Android dilihat satu-satunya pesaing hebat kepada iPad  


Pada masa yang sama, Samsung tidak mahu dilihat sebagai firma yang bersedia untuk menjana pendapatan terbesar tahun ini dan pembuat cip yang semakin lemah keuntungannya. Ia adalah risiko paling mahal untuk Samsung. Syarikat konglomerat itu telah membekalkan kepada Apple Inc $5.7bilion komponen tahun lalu, kira-kira 4 peratus dari jualan keseluruhan Samsung.


Untuk rekod, Samsung masih jauh ketinggalan berbanding dengan Apple dari segi jualan kerana Apple meraih sehingga 14 juta jualan keseluruhan iPad pada separuh pertama tahun ini berbanding Samsung Galaxy Tab yang dijangka oleh penganalisa akan mencatat jualan kira-kira 7.5 juta untuk  tahun 2011. 


Menurut Choi Do-Youn, penganalisis dari LIG Investment & Securities, pertempuran undang-undang ini adalah bertujuan untuk meningkatkan persepsi dan keyakinan para pengguna produk Samsung bahawa mereka adalah satu-satunya pesaing sebenar kepada Apple.


Sumber:http://www.reuters.com/

Thursday 22 September 2011

Pertama Dari Nikon, Nikon 1



Lensa boleh tukar yoo!


Berita baik untuk anda peminat-peminat tegar jenama kamera terkemuka dunia, Nikon baru sahaja membina sistem kamera terbaru pertama mereka dalam masa 50 tahun iaitu Nikon 1 dan sudah tentu ianya hebat.


Ada beberapa sebab ianya dikatakan hebat:
1. anda boleh shoot gambar dan video secara berterusan serta lancar tanpa tersekat macam kamera picisan even gambar berdefinisi 1080p.


2. fungsi "Motion Snapshot" boleh menggabungkan gambar dan video dengan lancar, hanya snap dan terus shoot video spontan berkelajuan 60fps. Bila dimainkan, ia bergerak dengan kelajuan 24fps dengan mode slow motion.


3. fungsi Smart Photo pula membolehkan anda snap sebanyak 20 gambar pada 30fps dan secara automatik akan menunjukkan anda 5 gambar terbaik berdasarkan ketajaman dan komposisi gambar tersebut. Ianya dikatakan kamera yang mempunyai mode autofocus terpantas untuk boot (ape benda nih).


Spesifikasi kamera ini ialah:
• 10.1-megapixel CX format CMOS sensor (13.2mm x 8.88mm)
• 1 sistem lensa serba baru Nikon
• sensor Expeed dwi-teras
• sistem autofocus hibrid 73 point baru yang menggabungkan kontras dan pengecaman-fasa.
• video berkualiti tinggi, 1080p/30fps,1080i/60fps; 720p/60fps dan output dalam format h.24.
• gerak perlahan pada  640 x 240/400fps; 320 x 120/1,200 fps.
• ISO 100-3200 (expandable to 6400)
• dengan fungsi kunci AF, ia boleh merakam gambar pada 60fps yang dikatakan kelajuan rakaman berterusan terpantas didunia oleh Nikon.


Tunggu yor, baru kuar kat US ni hah. Kek Malaysia belom tau laei.Sbar yor..Simpan duit dulu.
Kredit: http://gizmodo.com/cameras/

Wednesday 21 September 2011

Google+ Sudah Dibuka Kepada Umum


Google+ yg merupakan rangkaian sosial yg dicipta oleh gergasi enjin carian dunia dijangka memberi saingan sengit kepada Facebook yg sudah disertai oleh berjuta2 manusia diseluruh dunia termasuk "kome" sudah bersedia untuk digunakan..hehhh( siaplar Fb pasnih).

Sebelum nih, hanya beberapa kerat saje daripada kite nih yg boleh gunakan bnde alah nih melalui invitation sejak bulan Jun lalu (test power kot). Menurut Mister Vic Gundotra, Naib Presiden Kejuruteraan Google dgn peningkatan yg dah kami buat nih dari versi trial ke beta sempena ulangtahun Google ke 100 dan melalui cara ini, semua org boleh join  dan berhubung dengan orang-orang tersayang.

Google juga telah lancarkan fungsi Hangouts yakni video conference do Google+. Semasa pengenalan awalnya dulu, fungsi ini terhad hanya utk pengguna PC even ianya wujud sebagai aplikasi utk gadjet yg berasaskan sistem operasi bergerak Android dan iOS Apple.

Kini fungsi Hangouts telah tersedia utk gadjet mudah alih berasaskan Android 2.3 serta ada front kamera lah. Untuk iOS sabar dulu aaaa, it's coming soon. Bagaimanapun fungsi ini hanya limited kepada 10 org sahaja sekarang dan pelancarannya akan menampikan Will.i.am dari Black Eye Peas pada malam ini.

Masih ada ciri-ciri tambahan akan diperkenalkan tetapi buat masa sekarang pihak Google hanya mempertontonkan kepada umum dan sekaligus mendapatkan maklumbalas.

Pihak Google dengan senang hatinya mencipta satu antaramuka program aplikasi yg akan membolehkan pihakpembangun perisian pihak ketiga mencipta aplikasi yang akan mengambil kesempatan keatas Hangouts tersebut.

Sumber:http://news.cnet.com

Saturday 17 September 2011

Model Baru Sony Ericsson Xperia Arc S Didedahkan Kepada Umum

Kepada penggila2 phone brand SE (Sony Ericsson), ini adalah berita baik (baik ke?) untuk korang!..Yaaaa, pihak SE telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Xpreria Arc S, variance terbaru dari keluarga Xperia yg sangat-sangat kool dan masyuk utk korang miliki.

Model terbaru ini telah dilaunching semasa sidang media di IFA Berlin iaitu pameran perdagangan terbesar dunia utk kelengkapan rumah dan barang elektronik pengguna baru-baru ini. Yg menariknya, model ini menggunakan cip pemprosesan yg dipertingkatkan kpd 1.4GHz dan teknologi Sony 3D sweeep panorama.

Model ini turut menampilkan kamera yg yg 25% lbh pantas semasa digunakan dan semasa pertukaran media serta 20% lbh laju pelayaran web berbanding model sebelumnya.

















Menurut big boss hab Sony Ericsson bagi Malaysia dan Singapura Peter Ang, "Xperia Arc S adalah yg terpantas dan paling menghiburkan setakat ini dan jelas menunjukkan bagaimana keluarga Xperia menawarkan pengalaman telefon pintar terbaik yang membawa bersama-sama dunia Android dan Sony". 


 3D sweep panorama imej boleh ditangkap oleh korang dan korang kendiannya blehlah menontonnya melalui sambunga telefon korang 2 ke 3D TV menggunakan kabel HDMI. Korang tak perlu risau sebab phone nih ada skrin 4.2" Reality Display dan dikuasakan dengan Mobile BRAVIA Engine, kamera berkuasa 8.1 dengan rakaman video HD serta Exmor R yakni sensor imej bergerak yg automatik akan meningkatkan kualiti gambar even kurang cahaya. Ianya adalah phine yg sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki, gerenti tak nyesal.Ngehngehngeh...




































kredit kepada:
http://discovr.smashpop.net

Untuk lebih lanjut: http://www.sonyericsson.com

Thursday 15 September 2011

Windows 8 Diperlihatkan Kepada Umum

Kepada kipas susah mati tegar Windows, ini adalah berita baik untuk korang. Windows 8 akan dilancarkan tidak lama lagi secara rasminya dengan adanya antaramuka baru dan segar dari ladang untuk anda.

Microsoft secara rasminya memperkenalkan produk terbaru mereka itu pada hari selasa lepas yang di satu persidangan tahunan Build di Anaheim, California yang dihadiri oleh beribu-ribu pembangun
perisian. Microsoft mengatakan bahawa ini adalah untuk menjenamakan semula Windows untuk "mengubah dunia perkomputeran".

 Antara pembaharuan yang dibawa Windows 8 ialah antaramuka baru yang dioptimasikan untuk skrin sesentuh gadjet seperti komputer tablet. Antaramuka baru yang dinamakan "Metro" yang akan menyokong berbagai-bagai gadjet skrin sesentuh serta sokongan navigasi yang lebih baik dan kemas berbanding dahulu.




Kredit kepada www.Microsoft.com

Pengenalan

Assalamualaikum...Ini adalah salam pengenalan dan juga posting pertama dari kaki-IT untuk pengggemar dunia IT dan kipas susah mati (die hard fan) tentang dunia teknologi yang melingkari hidup kita semua. Harap2 korang suka la ek ngan ak nye posting ni. Kalo de kekurangan itu, kaki-IT akan perbaikinya dari semasa ke semasa dan kritikan korang dialu-alukan. Harap2 korang sentiasa stick to my blog yang tak seberapa nih ok..Slmt Hari Malaysia jugak yooo!