Tuesday 4 October 2011

Apple Akan Melancarkan iPhone Terbaru selepas 15 Bulan



















Berita baik! Nampaknya ura-ura tentang pengeluaran telefon terbaru iaitu iPhone 5 akan terjawab tidak lama lagi kerana Apple Inc sudah bersedia untuk melancarkan peranti generasi terbaru mereka tidak lama lagi selepas 15 bulan pelancaran iPhone 4, dengan harapan ia akan dapat mematahkan "serangan" dan ancaman daripada persaingan dengan peranti Android dari Google sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju telefon pintar dengan pelancaran iPhone generasi kelima ini.


Ceo Apple yang baru dilantik, Tim Cook akan menerima penghormatan untuk membuat pelancaran produk terbaru itu dari ibu pejabat Apple, pelancaran pertamanya sejak mengambil alih tugas daripada Steve Jobs tanpa dibayangi oleh Jobs dalam percubaannya membawa kejayaan yang lebih besar kepada Apple sepertimana yang dilakukan oleh Steve Jobs selama ini.


IPhone 5 - dijangka akan lebih pantas, lebih nipis dan berskrin lebih besar dari versi sebelumnya, akan sampai ke pasaran tepat pada masanya. Apple menjangkakan ianya dapat mengekalkan momentum telefon pintar dari Apple dan sekaligus dapat memperlahankan cabaran daripada pesaing rapat mereka, Samsung Electronics.


Dengan pelancaran ini, Apple akan menerima cabaran untuk mengatasi populariti iPhone 4 yang mencatatkan jualan melebihi 20 juta unit pada suku ketiga yang berakhir Jun lalu. 


IPhone 5 ini dijangka akan dimuatkan dengan perisian terbaru iaitu iOS5 yang telah didedahkan kepada umum Jun lalu. Beberapa ciri-ciri baru termasuklah fungsi notifikasi yang lebih baik dan integrasi dengan Twitter.


Akan tetapi cabaran terbesar yang dihadapi produk terbaru ini ialah saingan sengit daripada telefon pintar berasaskan Android Google yang telah menguasai pasaran di Amerika dengan 43 peratus manakala iPhone pula hanya dengan 28 peratus.


Tukang Lapor: http://www.reuters.com

No comments:

Post a Comment