Thursday 6 October 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia


1955-2011
Pihak Apple Inc telah mengesahkan bahawa pengasas syarikat itu, Steve Jobs telah meninggal dunia pada umur 56 tahun akibat kanser usus yang telah dihidapinya sekian lama. Ini juga menandakan bahawa dunia teknologi telah kehilangan seorang teknologis yang hebat dan pintar dengan idea-idea yang luar biasa yang telah gaya hidup manusia.
Beliau telah menghidapi kanser itu sejak 2004 lagi dan kerap mengambil cuti akibat penyakit itu. Susuk tubuh beliau juga makin cengkung hari demi hari yang memperlihatkan penderitaan yang beliau tanggung sekian lamanya.
Steve Jobs terkenal dengan gaya beliau yang bersahaja memakai t-shirt dan berseluar jeans biasa yang tidak sesuai dengan jawatan beliau sebagai pengasas dan CEO salah sebuah syarikat terkemuka dunia berbeza dengan ahli korporat lain yang selalu berpakaian kemas.
R.I.P Steve...

No comments:

Post a Comment