Thursday 22 September 2011

Pertama Dari Nikon, Nikon 1



Lensa boleh tukar yoo!


Berita baik untuk anda peminat-peminat tegar jenama kamera terkemuka dunia, Nikon baru sahaja membina sistem kamera terbaru pertama mereka dalam masa 50 tahun iaitu Nikon 1 dan sudah tentu ianya hebat.


Ada beberapa sebab ianya dikatakan hebat:
1. anda boleh shoot gambar dan video secara berterusan serta lancar tanpa tersekat macam kamera picisan even gambar berdefinisi 1080p.


2. fungsi "Motion Snapshot" boleh menggabungkan gambar dan video dengan lancar, hanya snap dan terus shoot video spontan berkelajuan 60fps. Bila dimainkan, ia bergerak dengan kelajuan 24fps dengan mode slow motion.


3. fungsi Smart Photo pula membolehkan anda snap sebanyak 20 gambar pada 30fps dan secara automatik akan menunjukkan anda 5 gambar terbaik berdasarkan ketajaman dan komposisi gambar tersebut. Ianya dikatakan kamera yang mempunyai mode autofocus terpantas untuk boot (ape benda nih).


Spesifikasi kamera ini ialah:
• 10.1-megapixel CX format CMOS sensor (13.2mm x 8.88mm)
• 1 sistem lensa serba baru Nikon
• sensor Expeed dwi-teras
• sistem autofocus hibrid 73 point baru yang menggabungkan kontras dan pengecaman-fasa.
• video berkualiti tinggi, 1080p/30fps,1080i/60fps; 720p/60fps dan output dalam format h.24.
• gerak perlahan pada  640 x 240/400fps; 320 x 120/1,200 fps.
• ISO 100-3200 (expandable to 6400)
• dengan fungsi kunci AF, ia boleh merakam gambar pada 60fps yang dikatakan kelajuan rakaman berterusan terpantas didunia oleh Nikon.


Tunggu yor, baru kuar kat US ni hah. Kek Malaysia belom tau laei.Sbar yor..Simpan duit dulu.
Kredit: http://gizmodo.com/cameras/

No comments:

Post a Comment