Tuesday 27 September 2011

Google+ Akan Tewaskan Facebook?





















Saya percaya kita semua sedar dengan kewujudan pesaing baru Facebook iaitu Google+ kerana semasa ianya dilancarkan baru-baru ini, ada satu anak panah besar bewarna biru keluar jika anda membuka laman web enjin carian terbesar dunia itu.


Harus diakui bahawa kedudukan Facebook sebagai medan rangkaian sosial paling laris di dunia akan mula tercabar dengan wujudnya Google+. Google + ini berfungsi sama seperti Facebook namun ada kelainannya tersendiri yang akan membuatkan Mark Zuckerberg panas punggung.


Sambutan yang diberikan oleh penggunan cukup hangat semasa ia belum dilancarkan, ia menjangkau 321 ribu pelawat semasa jemputan untuk menyertainya dibuat oleh pihak Google pada Jun lalu. Namun persoalannya sekarang, adakah pelancaran mereka itu dibuat pada masa yang tepat? Ini kerana pelancaran yang mereka buat itu adalah berisiko kerana pelancaran Google+ dibuat pada minggu yang sama dimana pemilik Facebook, Mark Zuckerberg menjadi tuan rumah kepada persidangan f8 di San Francisco.


Pada persidangan tersebut, Mark Zuckerberg telah memperkenalkan ciri-ciri baru kepada rangkaian sosial terkemuka itu iaitu "Timeline". Melalui Timeline, para pengguna kini boleh melihat aktiviti-aktiviti yang telah mereka lakukan sebelum ini beserta gambar, posting dan lain-lain lagi.  


Tanpa mengira pengumuman itu bertembung dengan persidangan oleh Facebook, ia bukan satu masalah besar kepada Google. Tanpa ragu-ragu lagi pihak Google sangat yakin bahawa mereka akan mendapat trafik yang besar dari pengguna untuk menyertai Google+ walaupun masih pada peringkat awal pelancarannya.


Apa yang patut ditekankan oleh Google ialah mereka patut fokus pada usaha menambah ahli-ahli dan bagaimana mereka menjangkakan untuk mengekalkan tahap kepuasan pengguna dengan ciri-ciri yang mereka tawarkan kepada pengguna. Maklumat lanjut klik www.plus.google.com.


Sumber: http://www.akascope.com/

No comments:

Post a Comment