Wednesday 19 October 2011

Catatan Penting Tentang Father Of Modern Technology

Kalau anda seorang yang "cintakan" gadjet-gadjet ciptaan Steve Jobs, anda mesti tau serba sedikit tentang hidup beliau, tak gi tu? Ini saya tunjukkan anda tentang cerita lengkap tentang beliau..R.I.P Steve...

Life and Times of Steve Jobs - Infographic World
Created by: Infographic World

Saturday 8 October 2011

Kamera Telefon Terbaik Dunia Adalah Apple?

Soalan trivia untuk anda: Apakah kamera telefon terbaik didunia? Simpan dulu jawapan anda. Menurut geekaphone.com, anugerah ini diraih oleh iPhone. Berdasarkan infografik dibawah anda boleh nilai sendiri betulkah fakta itu?Yosshhh...


Is Apple set to become the dominant camera manufacturer?
Source: Geekaphone

Thursday 6 October 2011

Kemunculan iPhone 4S, iPhone 5 Belum Sedia

Apple telah melancarkan generasi iPhone terbaru iaitu iPhone 4S secara rasminya di ibu pejabat mereka di Cupertino, California. Seperti yang dijangka, iPhone 4S ini mempunyai rupabentuk sama seperti generasi terdahulu namun sudah tentu ia mempunyai beberapa penambahbaikan.


Antaranya cip pemprosesan terbau, A5 dan RAM 1GB. Menurut VP Apple Inc, Phil Schiller mendedahkan bahawa generasi terbaru ini adalah iPhone terbaru yang mempunyai cip pemproses dan cip grafik dwi-teras dan ianya dikatakan "7 kali lebih pantas" daripada versi terdahulu. Namun yang paling menarik perhatian ialah fungsi pengecaman arahan suara.


Versi terbaru ini juga mempunyai sistem antena terbaru yang membolehkan ia menukarkan antara dua antena untuk kualiti bunyi dan muat turun yang lebih baik dan pantas. Selain itu, ia mempunyai kamera 8megapixel yang sudah tentu akan memberikan kualiti gambar yang lebih baik dengan rekabentuk semula Image Signal Processor yang mempunyai auto face detection dan juga lensa f2.4 yang mempunyai shot yang lebih luas.












































Sumber: www.kosmo.com.my


































Ia akan mula dijual di US,Australia,Kanada,Perancis,Jerman,Jepun dan Britain bermula 14 Oktober depan. Di US, ia akan dijual pada RM 635 untuk model 16 GB dan RM 1273 untuk model 64 GB. Para penganalisi mengatakan punca Apple Inc mengurangkan harganya ialah untuk menarik lebih ramai pelanggan baru.


Sumber: mashable.com

Steve Jobs Meninggal Dunia


1955-2011
Pihak Apple Inc telah mengesahkan bahawa pengasas syarikat itu, Steve Jobs telah meninggal dunia pada umur 56 tahun akibat kanser usus yang telah dihidapinya sekian lama. Ini juga menandakan bahawa dunia teknologi telah kehilangan seorang teknologis yang hebat dan pintar dengan idea-idea yang luar biasa yang telah gaya hidup manusia.
Beliau telah menghidapi kanser itu sejak 2004 lagi dan kerap mengambil cuti akibat penyakit itu. Susuk tubuh beliau juga makin cengkung hari demi hari yang memperlihatkan penderitaan yang beliau tanggung sekian lamanya.
Steve Jobs terkenal dengan gaya beliau yang bersahaja memakai t-shirt dan berseluar jeans biasa yang tidak sesuai dengan jawatan beliau sebagai pengasas dan CEO salah sebuah syarikat terkemuka dunia berbeza dengan ahli korporat lain yang selalu berpakaian kemas.
R.I.P Steve...

Tuesday 4 October 2011

Apple Akan Melancarkan iPhone Terbaru selepas 15 Bulan



















Berita baik! Nampaknya ura-ura tentang pengeluaran telefon terbaru iaitu iPhone 5 akan terjawab tidak lama lagi kerana Apple Inc sudah bersedia untuk melancarkan peranti generasi terbaru mereka tidak lama lagi selepas 15 bulan pelancaran iPhone 4, dengan harapan ia akan dapat mematahkan "serangan" dan ancaman daripada persaingan dengan peranti Android dari Google sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju telefon pintar dengan pelancaran iPhone generasi kelima ini.


Ceo Apple yang baru dilantik, Tim Cook akan menerima penghormatan untuk membuat pelancaran produk terbaru itu dari ibu pejabat Apple, pelancaran pertamanya sejak mengambil alih tugas daripada Steve Jobs tanpa dibayangi oleh Jobs dalam percubaannya membawa kejayaan yang lebih besar kepada Apple sepertimana yang dilakukan oleh Steve Jobs selama ini.


IPhone 5 - dijangka akan lebih pantas, lebih nipis dan berskrin lebih besar dari versi sebelumnya, akan sampai ke pasaran tepat pada masanya. Apple menjangkakan ianya dapat mengekalkan momentum telefon pintar dari Apple dan sekaligus dapat memperlahankan cabaran daripada pesaing rapat mereka, Samsung Electronics.


Dengan pelancaran ini, Apple akan menerima cabaran untuk mengatasi populariti iPhone 4 yang mencatatkan jualan melebihi 20 juta unit pada suku ketiga yang berakhir Jun lalu. 


IPhone 5 ini dijangka akan dimuatkan dengan perisian terbaru iaitu iOS5 yang telah didedahkan kepada umum Jun lalu. Beberapa ciri-ciri baru termasuklah fungsi notifikasi yang lebih baik dan integrasi dengan Twitter.


Akan tetapi cabaran terbesar yang dihadapi produk terbaru ini ialah saingan sengit daripada telefon pintar berasaskan Android Google yang telah menguasai pasaran di Amerika dengan 43 peratus manakala iPhone pula hanya dengan 28 peratus.


Tukang Lapor: http://www.reuters.com

Sunday 2 October 2011

Tablet Terbaru, Amazon Kindle Fire

Sejak Apple memperkenalkan tablet pintar mereka iPad pada awal 2010, begitu ramai syarikat-syarikat gergasi teknologi lain yang cemburu akan kejayaan Apple ini sekaligus mendorong mereka untuk turut memperkenalkan produk mereka yang akan menyaingi iPad termasuklah Amazon yang mencipta tablet Kindle Fire.Ini adalah merupakan komputer tablet terbaru yang dilancarkan di Amerika baru-baru ini oleh CEO Amazon sendiri Jeff Bezos
Untuk ketahui kebest-san tablet ini, sila layan video berikut..
































p/s: Cam best jer...

Yang Mana Satu

Berikut adalah empat komputer tablet yang digilai ramai kini termasuklah yang baru dilancarkan baru-baru ini, Amazon Kindle Fire yang jauh lebih murah berbanding pesaing lain.. Yang mana satu pilihan anda? Tepuk poket tanya duit...



Friday 30 September 2011

Google+ vs Facebook (Infographic)

Ini adalah artikel sambungan kepada artikel dahulu, Google+ akan tewaskan Facebook. Tapi kali ini dalam versi yang lebih ringkas dan mudah difahami. Persoalannya sekarang, mampukah Google+ menawan hati penggila-penggila tegar Facebook ini?Enjoyyyy...


Facebook VS. Google Plus

[Via: Single Grain]